, , , ,

3 Nafkah Suami Wajib Berikan Kepada Isteri. Nampak Biasa-Biasa Sahaja Tapi Jika Tidak Ditunaikan Besar Akibatnya

Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

3 Nafkah Suami Wajib Berikan Kepada Isteri. Nampak Biasa-Biasa Sahaja Tapi Jika Tidak Ditunaikan Besar Akibatnya | Salam.my – Nafkah untuk isteri? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.

Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.

Soalan:

Jika suami sudah sediakan makan minum, tempat tinggal, pakaian dan segala keperluan rumah, adakah suami perlu memberi duit setiap bulan kepada isteri?

Jawapan Ustaz Azhar Idrus:

Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri.

Jika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.

Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.

Jangan lupa, isteri juga yang mengandung sembilan bulan dan dia yang menggadai nyawa melahirkan anak kita dengan kesakitan yang amat sangat semasa nak keluar anak. Suami ada rasa sakit begitu? Tak ada. Yang adanya suami hanya duduk mundar-mandir saja di luar bilik bersalin, kadang-kadang siap mengorat nurse lagi.

Jadi, suami cuba fikirlah sama ada dengan memberi seribu ringgit sebulan untuk isteri itu cukup atau tidak berbanding dengan kesakitan dia melahirkan anak, kesusahan dia menjaga anak, beri susu anak, basuh berak anak, dan sebagainya.

Untuk Para Suami, Nafkah Isteri Adalah Tidak Sama Dengan Duit Belanja Bulanan Rumahtangga

Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga. Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga.

Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Adila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa apa yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”.

Kena belajar ilmu kehidupan & kewajipan.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…”.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada jugak LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami yang tidak memberi nafkah buat isteri itu WAJIB sbb BUAT TAK TAHU.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan BERDOSA.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM500, berilah RM400. Jika tak mampu juga, berilah RM300. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK AMBIL TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK AMBIK TAHU mengenai perkara ini. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula AMBIL TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. Alhamdulillah isteriku halalkan. Alhamdulillah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InshaaAllah .

Kongsikan dengan suami suami diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

Sumber: Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *