, , , , , , , , ,

10 Impak Besar #BMF Kepada Malaysia

Jangan pandang remeh kempen Buy Muslim First #BMF, ini 10 impak besar kepada rakyat Malaysia

Salam.my – Kempen Buy Muslim First atau #BMF yang kini sedang hangat dijalankan, akan memberikan impak yang besar kepada Malaysia khususnya umat Islam.

Kempen yang digerakkan ini bukanlah bermaksud mahu memboikot produk keluaran bukan Muslim dan bumiputera, tetapi lebih kepada mengutamakan produk keluaran Muslim yang halal dan bersih. Kempen ini juga sesuai untuk semua bangsa dan tiada sebarang diskriminasi bangsa.

Kajian awal menunjukkan, jika kempen ini berlangsung berterusan, ia mampu memberi kesan besar kepada Malaysia, lebih-lebih lagi jika majoriti rakyat beragama Islam menerajui kempen ini.

10 IMPAK BESAR BMF KEPADA MALAYSIA

#1 Meningkatkan Program Zakat

Dengan menyokong produk muslim, pendapatan syarikat-syarikat muslim akan bertambah seterusnya ini akan meningkatkan kadar zakat yang dibayar kepada asnaf-asnaf yang layak di seluruh Malaysia.

Pelbagai program yang dijalankan oleh badan-badan pusat zakat mahupun secara individu akan berjalan dengan lebih lancar dan pesat.

#2 Mengimbang Jurang Beza Yang sangat Besar

Kempen ini jika dijalankan berterusan akan dapat mengimbangkan jurang beza pendapatan yang sangat tinggi di Malaysia. Jika sebelum ini yang kaya akan tambah kaya dan yang miskin akan tambah miskin, jika ramai yang laksanakan kempen ini, insyaAllah secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan atau keperluan masyarakat yang lebih memerlukan.

#3 Membantu Usahawan Kecil Dan Sederhana

Dengan pembelian produk muslim, usahawan-usahawan kecil dan sederhana dapat menambah pendapatan dan seterusnya membantu mereka lebih giat dalam mengembangkan perniagaan.

Banyak usahawan muslim yang mempunyai perkhidmatan dan produk yang bagus dan perlu diketengahkan. Kempen BMF ini merupakan platform yang baik.

#4 Mengurangkan Kadar Jenayah

Dengan peningkatan zakat, bantuan kepada yang lebih memerlukan serta penambahan usahawan dan peluang kerja, ianya pasti akan menurunkan kadar jenayah seperti mencuri dan merompak. Setuju?

#5 Meningkatkan Perpaduan Rakyat

Sudah tentu jika kempen BMF ini berterusan, pendapatan yang bertambah akan menjana ekonomi yang baik seterusnya lebih banyak kolaborasi syarikat-syarikat muslim dalam mengembangkan perkhidmatan dan produk berlaku. Ini akan menambah perpaduan di kalangan rakyat.

#6 Mengurangkan Kadar Pengangguran

Apabila permintaan terhadap produk dan perkhidmatan meningkat, lebih tenaga kerja diperlukan supaya bisnes dapat berkembang. Lebih banyak peluang kerjaya akan ditawarkan. Oleh itu, dengan kempen BMF ini, sedikit sebanyak akan memberi sumbangan kepada pengurangan kadar pengangguran.

#7 Mampu Menurunkan Harga Barang!

Sejak kempen ini berjalan pesat beberapa minggu pertama, rakyat mula menyaksikan banyak penurunan harga. Siapa sangka, masalah yang kerajaan hadapai sebelum ini dalam memerangi harga barang tinggi dapat diselesaikan dalam beberapa minggu sahaja! Ini baru permulaan, jika diteruskan dan dijadikan budaya?

#8 Meningkatkan Ekonomi Umat Islam

Ya, insyaAllah dengan perpaduan melalui kempen BMF ini, umat Islam di Malaysia tidak lagi menjadi ‘mangsa buli’ ekonomi. Malah, umat Islam mampu memegang ekonomi di Malaysia!

#9 Platform Utuh Buat Generasi Muda

Bisnes yang pesat dan syarikat yang lebih besar yang dihasilkan berikutan kempen BMF ini mampu memberi kemudahan dan legasi yang utuh serta mampan kepada generasi anak muda pada masa akan datang. Ingat, gagal merancang itu merancang untuk gagal. Kempen BMF ini dilihat sebagai perancangan yang sangat baik

#10 Memartabatkan Agama Islam Di Malaysia

Last but not least, bila ekonomi berjaya dipegang oleh umat Islam di Malaysia, sudah pasti Islam akan diangkat dan dipandang sebagai agama yang hebat juga dari sudut ekonomi dan kewangan. Islam akan lebih dihormati. Dan lebih ramai insyaAllah akan lebih tertarik untuk mendekati Islam serta memeluk Islam. Ini semua tidak mustahil jika kita sebagai umat Islam melaksanakan jihad ekonomi melalui kempen BMF ini. Yang penting, niatkan kerana Allah.

Kempen BMF juga telah disokong baik oleh Mufti Perlis Dr Maza dan Mufti Perak Tan Sri Harussani

Ayuh umat Islam di Malaysia, sama-sama kita istiqomah menjalankan kempen Buy Muslim First ini sehingga berjaya. Dengan izin Allah

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *