Salam.my – Sedang Kusyuk Berbadah, Masjid Palestin DISERANG Tentera Israel . Allahu Ada VIDEO. | Jemaah dalam sebuah masjid di Baitulmaqdis lari bertempiaran bila diserang secara tiba-tiba oleh tentera Israel. Kejamnya. Ada video sebelum kena delete. Kongsikan biar seluruh dunia tahu.
SERANGAN TENTERA ISRAEL TERHADAP MASJID PALESTIN
Palestin masih lagi berdarah, nampaknya kedatangan bulan Ramadan menjadikan regim Zionis semakin kejam dengan sifat yang tidak berperikemanusiaan.
Baru-baru pelakon veteran Anne Abdullah telah memuat naik satu video, memaparkan kegaga nasan yang dirasai oleh penduduk Palestin di laman Instagramnya, yang kini telah mendapat perhatian netizen.
Video yang dikongsikan itu memaparkan beberapa jemaah yang sedang menunaikan solat di dalam masjid yang terletak Baitul Maqdis telah dikejutkan dengan serangan oleh regim Zionis.
Dapat dilihat, serangan dibuat secara bertalu-talu dan jemaah yang berada di dalam lari bertempiran menyelamatkan nyawa masing-masing sambil melaungkan kalimah Allah.
Simpati dan sedih dengan kezaliman yang berlaku kepada rakyat Palestin, pelakon tersebut telah meminta video itu dikongsikan agar dapat membuka mata ramai pihak mengenai realiti kekejaman regim Israel.
Begitu terkesan dengan sifat zalim tentera Zionis menerusi video tersebut, ruangan komen IG pelakon itu dihujani dengan kata-kata doa daripada rakan artis dan juga netizen buat penduduk Palestin.
Semoga satu hari nanti akan ada pengadilan yang setimpal buat segala kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan oleh regim Zionis ke atas bumi Palestin.
Sumber : Anne Abdullah via Khalifah Media Networks