, , ,

“Orang Seperti Donald Trump Buktikan Kebenaran Al-Qur’an” – Dr Zakir Naik

Jawapan Dr Zakir Naik apabila ditanya tentang Donald Trump ini buat ramai TERKEJUT!

“Orang Seperti Donald Trump Buktikan Kebenaran Al-Qur’an” – Dr Zakir Naik | Salam.my – Pembahas perbandingan agama terkemuka, Dr Zakir Naik apabila ditanya tentang Donald Trump dalam sebuah temuramah di TV Al-Hijrah, mengatakan orang seperti Donald Trump, Presiden Amerika buktikan kebenaran Al-Qur’an.

Seperti yang kita sedia maklum, Presiden Amerika Donald Trump membangkitkan isu anti Islam, di mana kempen ini telah mendapat sokongan dari orang awam. Dr Zakir Naik ditanya “Apa pendapat Dr Zakir Naik di sebalik fenomena ini? Apa tanda-tandanya”

Dr Zakir Naik memulakan jawapannya dengan mengatakan “Saya yakin bahawa kita dapati apa saja yang popular pastinya ada musuh…dan Allah nyatakan dalam Al-Qur’an setiap nabi ada musuh”.

“Saya merasakan orang seperti Donald Trump, mereka membuktikan Al-Qur’an itu benar”

Katanya, Allah berfirman dalam Surah Al-Furqan ayat 25 “Akan muncul musuh menentang Nabi SAW”. Memandangkan risalah Nabi SAW kekal, pasti ada kritikan dan musuh Islam terhadap Nabi Muhammad. Mereka ini membuktikan Al-Qur’an benar. Walaupun berlaku semua ini, Islam tetap berkembang.

Tambahnya lagi, selepas insiden bangunan runtuh 9/11, Islam diserang melalui media di seluruh dunia. Kebiasaannya orang akan menyangka Islam tentu sudah binasa, tetapi tidak. Kita dapati lebih ramai ingin tahu tentang agama ini. Kita dapati di USA sahaja dalam tempoh kira-kira 9 bulan selepas peristiwa 9/11, 34 ribu rakyat Amerika memeluk Islam.

Di Eropah pula, selepas lebih kurang 10 bulan, lebih 20 ribu rakyat Eropah memeluk Islam. Lebih banyak serangan ke atas Islam berlaku, semakin Islam berkembang.

“Saya yakin orang seperti itu bagi tempoh panjang, bermanfaat bagi Islam. Orang ingin tahu tentang agama ini”

Berikut video penuh temuramah TV Al-Hijrah bersama Dr Zakir Naik:

sumber: Youtube

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply to charissakornweib Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *