Ini 4 Tahap ‘Rawatan Semulajadi’ Yang Berlaku Pada Badan Kita Kesan Berpuasa Di Bulan Ramadhan Yang Ramai Tak Tahu! | Salam.my – Pada bulan Ramadhan, seluruh umat Islam berpuasa dari terbit matahari (fajar, waktu Subuh) sehingga terbenam matahari (senja, waktu Maghrib) setiap hari pada bulan tersebut.
Puasa di bulan Ramadhan boleh membantu membersihkan (detoks) badan kita secara semulajadi dan berkesan serta membantu proses menyihatkan (revitalasi) semula badan. Tetapi ini hanya berlaku jika anda merancang pemakanan yang sihat dan tidak terlalu banyak makan semasa berbuka.
Elakkan makanan proses dan makanan bergoreng pada bulan ini! Ini kerana kita hanya mempunyai beberapa jam untuk makan dan minum, maka adalah sangat penting untuk kita pastikan apa yang kita makan betul-betul baik dan berkualiti.
Sentiasa dalam keadaan hidrat dengan meminum banyak air dan elakkan minuman yang mengandungi caffine yang akan de-hidrat kan badan kita dan membuatkan kita rasa sangat dahaga ketika berpuasa.
Kita sedia maklum bulan Ramadhan merupakan waktu yang sangat sibuk jadi kebanyakkan kita cuba kurangkan waktu tidur untuk melakukan ibadah yang dijanjikan ganjaran yang besar. Tetapi pastikan kita mendapat cukup tidur, minimum 6 jam setiap hari. Kalau tak, kita akan berasa malas melakukan ibadah solat dan membaca al-QUr’an. Terlebih tidur pun tak elok juga, boleh buat kita lemah dan tidak produktif. Oleh itu waktu tidur perlulah seimbang.
INI APA YANG BERLAKU KEPADA BADAN KITA SEMASA PUASA
TAHAP 1
Dalam beberapa hari pertama berpuasa, kandungan gula dalam darah dan tekanan darah akan menurun. Badan kita memulakan proses pembersihan, dan tahap pertama ini biasanya akan mengalami kesukaran dan melibatkan sakit kepala, pening, nausea dan rasa lapar yang amat.
TAHAP 2
Badan kita mula terbiasa dengan rutin puasa dan sistem penghadaman dapat berehat. Sistem penghadaman akan fokuskan tenaganya untuk membersihkan badan dan memulihkan sel apabila sel darah putih menjadi lebih aktif. Pada tahap ini, organ-organ dalam badan juga memulakan proses pembaikan.
TAHAP 3
Pada tahap 3, aras tenaga akan meningkat, minda kita boleh memberi tumpuan dengan lebih baik dan kesihatan dapat dirasakan pada badan kita. Semasa berpuasa, proses rawatan dan pemulihan badan secara semulajadi menjadi lebih efisyen dan badan kita membaiki sel-sel yang rosak pada tahap ini. Pada tahap ini juga, usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru dan kulit akan melakukan detoks dan membuang toksin dalam badan.
TAHAP 4
Dalam 10 hari terakhir berpuasa di bulan Ramadhan, badan kita telah terbiasa dengan proses berpuasa. Badan kita menjadi lebih bertenaga, dan kita akan alami peningkatan ingatan dan tumpuan berfikir. Pada tahap ini, organ-organ badan melengkapkan proses rawatan dan pemulihan dan apabila semua toksin telah dibuang, badan kita boleh berfungsi pada kapasiti maksimum.
KESIMPULAN
Semua kesan di atas adalah sebahagian manfaat berpuasa terhadap fizikal manusia dalam badan kita. Tetapi manfaat spritual pada bulan ini adalah lebih besar berbanding semua yang dikongsikan di sini!